Friday, 21 November 2014

Tips Makanan untuk Rambut Sihat

Bismillah.





Siapa je yang tak suka rambut yang beralun lembut and tengok dari jauh pon kita tahu rambut sihat ke akar umbi kan. Ok. Selain kita gunakan produk rambut yang berkualiti, penjagaan yang baik, makanan pon ada bagi kesan untuk rambut kita sebenarnya. We are what we eat. Kalau sihat makanannye, sihat la fizikal nya. Jadi kali ni, nak kongsi pasal makanan yang berkesan untuk kesihatan rambut kita. Let's !

1. Ubi keledek dan lobak 


Untuk memastikan kewujudan rambut yang berkilat, makanan yang mengandungi vitamin A sangat sangat membantu. So, makanan macam ubi keledek dan lobak yang kaya dengan vitamin A ni boleh menjadikan rambut kita berkilat. Haa dah la sedap. Ada khasiat lagi. Rugi la kalau tak makan kan ?

2. Bayam, Brokoli dan Kiwi


Ada sesetengah orang ni selalu sangat ada masalah rambut kering. Bila sikat tu tertarik-tarik pasal kering kan. Badan kita ni sebenarnya ada mengeluarkan pelembap sendiri which is sebum. So untuk mengelakkan rambut kering, kita kena banyakkan makan makanan yang kaya dengan vitamin c. Antara contoh terbaik tu macam bayam, brokoli dan kiwi. Yang tak makan sayur tu kena bawak-bawak la makan sayur ye. Nak cantik punya cerita kan. In fact, vitamin C also promotes collagen yang bukan je bagus untuk kulit tapi untuk rambut kita jugakk

3. Makanan berprotein


Rambut kita ni sendiri made up of protein. So makanan berprotein ni sebenarnya sangat bagus untuk rambut kita. Antara protein sihat yang boleh diambil macam daging, ikan dan jugak kekacang. Tak lupa jugak telur. Telur ni mengandungi vitamin B macam biotin dan B12. Ok cerita pasal biotin ni, ada je produk kat luar sana yang jual biotin ni. Tapi sebenarnya badan kita sendiri pon produce biotin. Jadi untuk trigger pengeluaran biotin ni, kita amalkan makanan macam telur dan kekacang. Lepas ni tak perlu la keluar duit banyak-banyak lagi untuk dapatkan biotin lagi k.

4. Salmon dan walnut 


Salmon ni sebenarnya makanan yang mampu mencantikkan. Sebab salmon ni ada protein, lemak sihat dan vitamin B yang sangat sangat baik untuk pertumbuhan rambut. Badan kita perlukan healthy fats ni untuk pertumbuhan rambut. Jadi healthy fats yang ada dalam salmon dan walnut ni sangat membantu

5. Makanan berkerang


Untuk yang selalu ada masalah keguguran, boleh amalkan makanan berkerang macam tiram. Dalam makanan berkerang ni, kaya dengan zinc which helps to prevent hair loss. Tapi bagi yang tak lalu makan tiram ni, boleh cuba pumpkin seeds ( kuaci ) atau kekacang lain


Ok. Takat sini saja perkongsian kali ni. Jadi boleh cuba amalkan pemakanan ni semua dan kena ingat jugak lah, semua ni long term. Takkan malam ni makan salmon esok rambut dah tumbuh sampai lutut kan. Instead of membazir duit pegi salon sana sini, why not kita guna natural way untuk mencantikkan lagi rambut kita. Jadi selamat mencuba ! 

Air Pishang

Bismillah

Kali ni nak cerita pasal buah yang paling aku tak gemaaaaaaar iaitu buah pisang. Hahahahaaha dah tahu tak suka,nak jugak buat entri nye kannnn. Sebab aku tahu buah pisang ni banyak khasiat. Kalau tak makan, rugi le aku kann.

Aku pun tak berapa paham lah kenapa tak suka dengan buah pisang ni. Rasa dia bila makan saja tu macam tak kena lah. Tapi bila tanya orang lain, memang tak ada satu hamba pon yang cakap buah pisang tu tak sedap.

Jadi aku kena cari cara jugak untuk akunikmati buah pisang ni. Cari punya cari, terjumpa satu resepi cara nak buat smoothies pisang. Nampak macam menarik so nak kongsi kat sini.




Bahan-bahan :

Pisang ( 3-4 biji )
Susu segar ( 1 1/2 cawan )
Gula atau madu ( optional sebab susu dgn pisang dah cukup manis kan )
Ais

Caranya mudahhh. Blend aja si semuanyaaaaaa. Haaaa minum sejuk2 masa tengah hari rembang memang nikmat lah,

Ok. Korang boleh improvise benda nye, Aku nampak ada yang nak letak strawbery lah coklat lah apa lagi ntah. Ikut tekak korang la, Kalau suka, nak letak air asam pon boleh, Hahahaha gurau gurau. Tapi korang paham idea nya kann. Mudah ajaaa.





Khasiat pisang

Haa mari le tgk sikit ape yg bagus sangat pisang ni. Aku tahu dulu orang makan sebab tak nak kasi cramp je, Untuk atlit la kann. Meh tgk lagi ape khasiat yang lain

1. Sebagai Sumber Tenaga   
 Pisang ni ada 3  jenis gula which is fruktosa,glukosa dan fruktosa.Gula dan karbohidrat dalam pisang ni mudah nak digest and kesan dia lain sikit dari gula biasa and orang yang makan pisang ni cepat je dapat tenaga tapi tenaga dari pisang lagi lama bertahan compared to gula biasa. Pisang ni jugak ada B complex untuk bina tenaga.

2.  Baik untuk kesihatan jantung
Kandungan kalium yang tinggi dan natrium yang rendah dalam buah pisang  ini boleh digunakan untuk mencegah darah tinggi.

3. Kurangkan stress
Kandungan potasium dalam pisang ni boleh kembalikan degupan jantung kepada normal balik. 
Orang yang mengalami tekanan dan kemurungan, potasium ditubuhnya akan menurun dengan drastik mengakibatkan metabolisme meningkat. Kandungan potasium dalam buah ini yang tinggi memberikan bekalan untuk tubuh kita sehingga tekanan boleh dikurangkan.

4. Kurang risiko stroke.
Potasium dalam pisang tu mampu menjadi nutrisi yang penting dalam mengurangkan risiko kematian kerana stroke.

5. Meneutralkan asid perut p
 Asid gastrik dalam perut boleh dineutralkan dengan pisang sebab tak ada iritasi. Untuk yang sakit gastrik atau penyakit usus, boleh cuba makan pisang dengan susu. InsyaAllah, berkesan. 

6. Memperbaiki mood
Bagi yang selalu tertekan dan nak ada  mood yang lebih baik tidak ada salahnya lebih sering makan pisang sebab dalam buah ni ada triptofan atau vitamin B6 yang produce hormom serotonin. Hormon ni la yang kawal emosi kita and menenangkan fikiran.

7.  Mencegah sembelit
 Untuk yang ada masalah sembelit, boleh amalkan makan pisang sebab ada serat makanan dalam pisang ni yang boleh mengawal usus. Tapi air kena minum jugak tauuuu. Make sure jangan dehydrated sudahh. 

8. Mencegah pereputan tulang
Kalium yang cukup dalam pisang ni boleh memebantu kurangkan perkumuhan kalsium dalam air kencing.


Ok. Sampai sini aje perkongsian pasal pisang ni ye. Jangan lupa try resepi nyeeeee. Sekian ~~



Thursday, 20 November 2014

Honey Madu Sebagai Pengganti Gula.

Bismillah.

Kali ni aku nak kongsi antara kebaikan madu. Since resepi sebelum ni pon aku ada cerita pasal madu and ada jugak pesan untuk replace gula tu dengan madu kan. So kat sini nak cerita sikit lah apa yang bagus sangat madu nih.



1. Madu membantu mencantikkan kulit, rambut dan mata


Madu ni sebenarnya dapat membantu korang untuk mengekalkan awet muda sebab dalam madu ni ada asid glukonik yang boleh membantu. Ada sesetengah spa kat Malaysia ni, dieorg gunakan madu waktu rawatan sebab madu boleh  menanggalkan kulit-kulit mati. Bukan tu je, kulit boleh jadi anjal, kurang berminyak dan meransang pengeluaran kolagen. Eh kedut pon boleh berkurang tau ! Haa bagus tak bagus la madu ni kann. Golongan pemakan madu ni jugak dapat manfaat untuk rambut dan mata. Madu membantu la kalau korang nak mata and rambut makin bersinar. Kalau mata pulak, semakin tajam and jelas pandangannye.

Tips : Boleh jadikan madu sebagai masker muka jugak tau. Pukul putih telur dengan madu asli lepas tu tempek atas muka. Buat 2 kali seminggu.


2. Menyihatkan sistem dalam badan


Kalau korang jenis selalu ada masalah penghadaman, insyaAllah madu ni boleh membantu melancarkan sikit. And kalau terkena keracunan makanan pon, bila selalu makan madu, daya tahan tu tinggi sikit la. Takde la teruk sangat nnt. Proses nak buang air pun makin mudah. Haa untuk masalah batuk-batuk ke apa, selalu memang orang makan madu ni nak bagi cepat sihat. Sama ada makan kosong ataupun, campur dalam air suam. Untuk yang ada asma pun bagus jugakk

3. Memberi tenaga


Madu ni sama la fungsi macam gula kan since dia pun manis and ada glucose. Tapi beza dia madu ni bagus untuk orang yang ada kencing manis dan darah tinggi. Tak macam gula. Makin makan teruk jadinye kann. Untuk kaum perempuan, madu ni bagus untuk kasi tenaga waktu datang haid. Dan juga ibu-ibu mengandung, madu act as pemberi tenaga semulajadi yang juga baik untuk kandungan.


4. Mengawal berat badan dan kolestrol


Special dia madu ni sebab walaupun manis tapi tak harmful pada badan kita. In fact, boleh kurangkan lagi haaa. Untuk yang nak kurangkan berat badan, boleh makan madu ni 2 atau 3 kali sehari sebab dia boleh kawal kolestrol and mengurangkan berat. Tapi tips nye orang cakap jangan pakai sudu besi, kena pakai sudu plastik so khasiat tak hilang. 


Madu disebut dalam Al-Quran dan hadis


"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir
( Surah An-Nahl,ayat 69)


"Ambillah (yakni gunakanlah) olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh, iaitu madu dan al-Quran." (HR Ibnu Majah)

Ok. Dalam al-Quran pon dah disebut pasal bagusnya madu nii, Khasiat dia banyak dan boleh dijadikan seribu satu penawar. 

Sebab tu, dalam entri ni aku cuba nak ceritakan dan galakkan semua orang untuk sekurang-kurang nya masukkan madu dalam makanan seharian kita. Haha jujur le aku pon tak amalkan lagi, tapi sama-sama la cuba kan. Jadi nak ajak ramai-ramai join aku skali. Dapat pahala amalkan sunnah, badan pun makin sihat kann. So no loss here, only win.

Takat ni je entri aku. So,amalkan madu asli semuanya yee. Madu asli tauu. Jangan yang artificial ekk. Oh tips last, nak bezakan madu yang asli atau tak, masukkan dalam peti ais. If  tak membeku, maksudnye madu asli lah tu. Ok. Sekian ! 







Menu Mudah Sarapan Pagi

Bismillah.

Entri kali ni aku nak kongsi few breakfast menu yang korang boleh buat kat rumah sebab sangat simple, mudah, kenyang dan memuaskan ! Haa. Jadi tak payah panjang-panjang kot. Moh le kite tgk

1. Roti Sosej 



Rasanya korang semua pun tahu kann roti sosej ni macam mana rupa. Alaa yang sosej gulung-gulung dalam roti tu le. Kalau beli kat kedai tu memang fancy la kann pasal kat kedai tu uli sendiri roti nye. Kalau kat rumah ni, banyak pulak masa nak menguli kann hahaha. Jadi ni resepi nye.

Bahan- bahan :

Roti gardenier
Sosej
Telur

Cara-cara :

1. Kukus roti dalam pengukus for about 5 minit macam tu. Jangan lama sangat nanti keras pulak
2. Gelek roti dengan roller sampai leper.
3.Gulung roti dengan sosej
4. Sebelum goreng, celup dengan telur dulu
5. Goreng sampai warna keemasan.

Haa mudah kannn. Aku first time belajar resepi ni masa sekolah sebab masa tu masuk kelab usahawan kan ada menjual itu ini. Tak nak masak pon jadi kena masak haha. So sebab mudah, aku jadikan jugak sebahagian dari menu breakfast aku. Oh, kalau nak mudah lagi, korang boleh frozen jugak roti ni. Buat banyak-banyak, letak dalam peti ais. Bangun pagi boleh terus goreng je, Haa mudah dan efisien.

2. American breakfast.


Untuk menu ni, memang mudah sangat la. Sebab semua pun bergoreng je. Tak payah nak rempah ratus rencah adabi sana sini. Selalunya American breakfast consists of benda-benda ni

Telur (scrambled )
Roti (dibakar dalam toaster )
Baked beans (panaskan kejap atas kuali)
Sosej (goreng macam biasa )

So bila dah selesai semua di atas, boleh laa plating macam biasa. Untuk lagi heavy, boleh letak cheese atas telur tu bila baru masak and biar dia cair sendiri atas tu. Ok menu ni memang puas hati, mudah and mengenyangkan.

3. Fruit salad


Ok. Untuk yang nak mudah, cepat, tak nak panas-panas masuk dapur pagi-pagi buta, boleh try fruit salad je. Kumpulkan buah-buah yang korang suka macam 

Strawberi
Epal hijau
Epal merah
Kiwi
atau apa-apa je buah yang korang suka

Potongkan semua kecik-kecik ikut suka korang nak kecik mana dan letak dalam mangkuk. Lepas tu boleh dressing dengan yogurt kosong. Boleh nak prepare the night before tapi kena tutup dengan plastic wrap and letak dalam peti ais. Esok pagi nye sejuk-sejuk makan memang refreshing. Atau korang boleh makan dengan cereal + susu untuk lagi heavy. Menu ni mmg sesuai untuk golongan wanita yang nak jaga badan since it's healthy and mengenyangkan.

4. Kurma dan susu


Aku faham ramai yang bila bangun pagi terkejar-kejar masa. Mana nak jaga anak lagi, pegi keje lagi, gosok baju la apa la kan. Jadi untuk yang betul-betul tak ada masa, boleh minum susu and kurma pagi-pagi dah cukup bagus sangat dahh. In fact, memang cukup gula untuk buat kerja plus memang kenyang. Haa walaupun kurma tu kecik je, tgk pon macam hek eleh  kecik je kan kann tapi khasiat memang banyak sangat dan sangat memberi tenaga. 

Apa pentingnya breakast ni ?


Haa aku tahu ramai jugak orang Malaysia ni cukup tak suka makan breakfast pagi-pagi tapi pukul 10 dah melantak nasi putih dengan ikan bakar dengan air asam kann. Haaa. tahu sangat dahh. 

Korang kena paham pentingnya breakfast ni. Dalam banyak-banyak meal yang kita ambil sepanjang hari, breakfast la yang paling penting tauu. Jom tengok sikitt.

1. Pemula hari yang baik untuk metabolism badan.

Lepas dah tido sepanjang malam, badan kita telah di set dalam starvation mode dan memerlukan nutrien untk cover balik apa yang hilang semalam nye. Kalau tiba-tiba korang skip breakfast pastu terus makan nasi dengan ayam goreng pulak, maka terkejut la metabolism badan korang. Untuk yg diet tu, rugi lah sebab dengan skip breakfast je, boleh kurangkan metabolism badan dan promote weight gain.

2. Memberi tenaga sepanjang hari

Untuk adik-adik yang belajar, kakak abang yang bekerja, breakfast sangat penting untuk membantu kita fokus sepanajang hari. Bila makan pagi, maka ada la glukosa yang sampai ke otak. Macam kite tahu, glukosa ni sangat penting untuk bantu otak kita jalan kan. So, makan la breakfast, untuk bantu kita fokus dan menjalani hari yang produktif. 

3. Pengubah mood dan membantu untuk sikap yang positif.

Macam orang tua-tua cakap, kenyang perut senang hati. Haa gitu lah lebih kurang kan. Bila makan pagi ni rasa bertenaga la sikit kan. Takde la pagi-pagi pegi keja muka monyok macam terlebih-lebih pulak graviti kat muka tu. Haa kan. So lepas ni boleh masuk keje dengan hati yang riang gembira.



Ok sampai sini je entri kali ni. Jangan lupa amalkan breakfast untuk kasi tenaga sepanjang hari. Tapi jangan le dibantai nasik lemak sampai 8 pinggan. Pegi keje memang tido je le cite die. Ok. Selamat mencuba semuaaa ~~~








Tuesday, 18 November 2014

Tips Putihkan Gigi Melalui Pemakanan.

Bismillah.

Ok. Entri kali ni cuma untuk kongsi tips yang korang boleh cuba untuk putihkan gigi secara natural melalui pemakanan. Secara natural kat sini membawa maksud korang boleh amalkan sendiri tips-tips ni kat rumah. Setelah mencari sana dan sini, aku dah tapis tips-tips terbaik dan mudah untuk diamalkan.


Mari mulakannnnn !

1. Buah-buahan rangup, sayur dan kacang boleh menyental gigi dan meransang air liur.


Makanan rangup ni sangat bagus untuk polish gigi korang dan pada masa yang sama meransang pengeluaran air liur. Pengeluaran air liur yang banyak ni sangat membantu untuk mulut yang sihat. Antara makanan yang dicadangkan adalah epal, carrot, celery dan cauliflower. Preferably dimakan secara mentah and tak dimasak since kita nak crunchiness of the food to help with our mouth. 

2. Strawberi, oren dan nenas


Haa bila tgk buah-buah ni, kita tahu yang buah ni masam and contain lots of vitamin C. Sebenarnya, oren dan strawberi mengandungi natural acid yang boleh membantu untuk polish gigi kita. Sebab tu selalu dengar orang cakap yang makan strawberi boleh bputihkan gigi kan. Untuk nenas pulak, dia mengandungi enzyme yang boleh bertindak sebagai natural stain remover untuk gigi kita. Tapi kena ingat, kita tak boleh makan makanan berasid ni secara berlebihan sebab 1) tak bagus untuk perkembangan otak dan 2) instead of mencantikkan gigi, with too much acid, dia boleh menggalakan pereputan gigi. Jadi ingat k untuk kawal amount intake.

3.Tenusu mengelakkan pereputan gigi



Bagi yang tak tahu tenusu tu apa, tenusu ni dairy lah. macam susu, yogurt dan yang sewaktu dengannya. Ok. dalam tenusu seperti keju,susu dan yogurt ni ada mengandungi asid laktik yang boleh membantu untuk mengelakkan pereputan gigi. Nutrien dalam susu macam protein, kalsium dan phosphorus jugak promotes a healthy teeth.

4. Bawang merah dan bawang putih ! 


Untuk bukan penggemar bawang kat luar sana, ketahui lah bahawa bawang ini dapat membantu untuk mencantikkan gigi anda. Dalam bawang ni ada mengandungi sulfur compound yang dapat mengurangkan bakteria dalam mulut. Bakteria-bakteria ni la yang menggalakkan tooth decay ni so, bawang will help sebenarnya. TAPI ! Korang kena makan bawang ni mentah untuk khasiat yang terbaik hahahahaha. Haa untuk yang lalu lah kot kann. Yang tak lalu boleh buat jus. Erk ?

5. Makanan yang mengotorkan gigi


Ada jugak sesetengah makanan kita kena kurangkan sebab makanan ni boleh mengotorkan gigi. Makanan macam kopi, soda, blueberi, rokok and even kicap. Ok korang bukan la tak boleh makan langsung semua ni. Tambah-tambah kicap tu dah jadi sebahagian hidup orang melayu kan. jadi tips kat sini adalah untuk gosok gigi atau at least berkumur each time after makan those kind of food to prevent staining. 

6. Baking soda


Baking soda ni antara bahan yang memang ada dalam ubat gigi kita pon. Jadi memang secara terang-terangan lah membantu untuk gigi kita kann which is dia bertindak sebagai penghakis ringan untuk gigi kita. Tips dia adalah ambil baking soda sikit and campurkan dengan air. Campurkan jugak sikit hydrogen peroxide ( boleh cari kat farmasi ). Jadikan macam pes sikit, and gosok gigi macam biasa. Boleh buat seminggu sekali tapi kalau gigi sensitif, boleh buat dalam sebulan sekali dah cukup. InsyaAllah, gigi semakin putih.


Ok. Selesai !


Haa tu je tips bermanfaat untuk kali ni. Boleh cuba amalkan untuk senyuman yang menawan dan memikat. Selamat mencuba !







Sumber imej : Google


Monday, 17 November 2014

Jus Timun + Epal

Bismillah.

Baik. Hari ni kite nak cerita pasal sayur pulak. Secara jujurnya, kebanyakan sayur kat dalam Malaysia ni, semua aku boleh telan boleh makan lagi lah. Tapi ada sayur ni, memang macam mana pon, rasa tak gemar betul tak tahu kenapa. Sayur apa ? Haaa ni.



TIMUN !!!


Haa sayur timun ni laa. Bukan tak boleh makan langsung. Kalau dah gi kenduri ada acar timun tu, hadap juge makannye. Tapi bukan kegemaran lah. Yang suka makan timun kat luar tu, tahu tak apa bagusnya timun ni ? Ok. Meh nak cite kejap.


Khasiat Timun

1. Timun ni boleh ganti air dalam badan korang. Kalau yang jenis malas sangat nak minum air masak tu, boleh la kerap kerap makan timun k.

2. Timun jugak boleh hilamgkan panas badan tak kisah la luar atau dalam. Haa kalau korang sunburn, boleh letak timun ni atas kulit, InsyaAllah nanti surut le sunburn nye. 

3. Boleh keluarkan toxin dari badan. Kalau ada batu karang, amalkan makan timun ni. Lama-lama hilang lah

4. Selalu tgk orang letak timun bawah mata kan ?? Haa tu pun khasiat timun sebenarnya. Kalau mata bengkak sangat, letak timun atas mata. Nanti surut bengkak nye.

Sumber : google

5. Membantu untuk mengurangkan berat badan since ada banyak air and kalori rendah. Untuk para pendiet di luar, boleh amalkan makan timun ni selalu. Ada yang ngapp terus je macam ganti keropok. Ada jugak yang makan dengan salad. Ikut kreativiti masing-masing lah.

6. Dapat menyembuhkan kencing manis, mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah.



Haa banyak khasiat kan. Ada banyak lagi tapi tak nak cerita semua sebab nak kongsi resepi mudah untuk korang yang nak biasakan lidah dengan rasa timun. Cerita dia, aku ni bukan penggemar timun, so nak try resepi yang agak-agak boleh kena dengan tekak aku lah. So, let's !


JUS TIMUN + EPAL


Sumber : google

Bahan-bahan :

1 timun ( dibuang kulit ) // dihiris
2 biji epal ( hijau atau merah ) // dihiris
Madu

Ok. Cara pon mudah. Blend aje timun dengan epal tuu. Lepas tu, tapis dan masukkan madu ikut korang suka manis macam mana. Serve dengan ais. Haaa siap. Mudah. 

Preferably, korang minum jus ni waktu pagi, as breakfast. Memang segar dan healthy at the same time. Instead of, makan biskut dengan milo je pagi-pagi, ganti la dengan jus ni. Haa feeling omputih sikit. Malam sebelum tido tu, boleh terus blend and letak dalam peti ais. Esok pagi, boleh terus gulp je ! 

Ok. Takat sini aje entri kali ni. Selamat mencuba semua !



DIY : Ais Krim Oreo !

Bismillah.

Jadi, baru-baru ni aku dengan kawan aku pegi berjalan ke Melaka bandar bersejarah. Bila dah sampai Melaka ni, tempat yang mesti pergi harus lah Jonker Walk ! Haa banyak sangat barang kat situ kalau nak shopping. Tapi yang menangkap mata kiteorang masa tu adalah ais krim dalam pasu !

Haa macam ni rupa dia

Masa mula-mula nampak kat instagram dan macam teruja sangat. Tapi sebenaarnya, biasa je ais krim nye. Just letak dalam pasu is the specialty. Daun tu pulak daun pudina. Tapi memang sedap lah. Penat-penat berjalan pekena ais krim pulak kan.


Tapi kat sini  dan pada hari ini, aku nak kongsi resepi macam mana nak buat ais krim oreo sendiri kat rumah. Haa ape untung die ? Untung die sebab korang boleh dapat portion besar. Makan la ais krim seminggu puas-puas kat rumah.



InsyaAllah resepi yang aku nak kongsi ni mudah and bahan pun senang dapat. 


Bahan-bahan :

Sumber : google

1 tin susu pekat
1/4 susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovalette
Biskut oreo 
Whipping cream ( optional kalau suka manis )

Cara-cara :

Ok. Mudah sangat cara dia. Korang masukkan susu pekat, susu cair, esen vanilla, whipping cream and ovalette dalam mixer. Mix sampai adunan tu dah likat and tak cair sangat. Lepas tu masukkan biskut oreo tu. Untuk hancurkan biskut, masukkan dalam plastik and ketuk la dengan roller. Kalau suka gigit-gigit biskut tu masa makan ais krim, ketuk sikit-sikit je. Kalau tak, hancurkan sampai lumat.

Lepas dah settle sume, masukkan dalam bekas and simpan dalam freezer at least 24 jam. Crushed biscuit tu, boleh simpan sikit in case korang nak buat topping. Haa mudah kannn. Kalau nak tambah apa-apa tu ikut kreativiti masing-masing k.


Fakta ais krim


Ok. Memang semua cakap makan ais krim ni tak sihat la, menggemukkan la. Ye, memang betul pun, aku pon tak sangkal. Tapi tu cuma kalau korang ambik dalam portion yang melampau sangat. Dah kalau seminggu makan ais krim je pagi petang siang malam mana la tak tembun. So, portion kena kawal macam mana pon. 

Pada aku, ais krim ni sangat membantu kalau nak satisfy sweet tooth korang tu. Haa puas hati kan makan ais krim. Lagi satu, ais krim ni jugak boleh membantu kalau korang ada tonsil yang membengkak. Tapi ais krim vanilla je tau ! Jangan makan ais krim oreo ni karang makin membengkak tonsil nye. InsyaAllah lepas makan ais krim, tonsil membengkak akan berkurang.

Jadi, selamat mencuba k !





Sunday, 16 November 2014

Let's get mo-tea-vated !


Assalamualaikum. Bismillah.

Ok. For this entry, we are going light and easy. So nak sembang pasal teh hijau or green tea. Ready ehh.



Baik. Macam semua orang tahu, teh hijau ni sangat sangat banyak khasiat kan. Boleh kurangkan diabetes, kolestrol, depression and banyak lagi lah. Tapi kali ni nak fokus more on weight loss. For those yang nak kurangkan berat badan, green tea ni sangat sangat bagus. Sebab apa ? Sebab dengan minum green tea, anda anda semua boleh meningkatkan metabolisme badan and thus support weight loss. Haa,ladies semua nak kurus taakk ?


Cara terbaik untuk minum green tea ni, korang kena minum kosong which means tak ada gula dalam teh korang. Tapi tak semua orang la boleh tahan nak minum. Sebab rasa dia memang payau kelat ya amat. For starters, memang tak lalu lah unless dah terbiasa dengan makanan-makanan tawar. Jadi today, for those yang nak cuba green tea tapi tekak kembang memang tak boleh terima, here's a few menu you guys boleh try untuk train lidah korang terima this green tea k. 


1. Iced mint green tea.



Bahan-bahan :

1 uncang teh hijau ( depends, if nak buat satu jug besar, guna banyak uncang lagi k )
Air panas
Madu
Daun pudina or lemon

So, method pon easy. Tuang air panas dalam cawan yang dah berisi teh uncang. Biar kejap dalam 5 minit. Masukkan madu. Serve with ice and mint leaves if any. Letak lemon pun ok. Pergh mmg segar. Oh yes, boleh jugak nak ganti madu tu dengan articial sweetener macam pal sweet tu.


2. Teh Hijau dengan Serai dan Halia



Bahan-bahan :

2-3 uncang teh hijau
Satu batang serai
Halia ( hiris kasar )
Madu

1. Basuh serai and halia. Lepas tu, serai tu jangan lupa ketuk dulu k.
2. Letak uncang teh hijau, serai and halia dalam satu periuk. Masukkan air at appropriate amount.
3. Biarkan mendidih.
4. Tapis air. Serai, halia dengan teh tadi boleh buang kalau rasa terlalu kuat.
5. Masukkan madu ikut selera masing-masing.
6. Biarkan sejuk dan lepas tu serve dengan ais untuk kesegaran terbaikk !



3. Green tea frappucino




Bahan-bahan :

1 sudu green tea powder (matcha)
1 cawan susu
2 sudu gula ( guna honey pon boleh )
Ais krim vanilla ( 1 scoop )
Vanilla extract
Whipping cream

Ok. Ni mmg paling mudah lah. Just blend semua bahan-bahan tadi kecuali whipping cream. Blend ikut preference korang. Kalau suka macam ada crushed ice tu, blend kejap dah ok. Then last baru serve dengan whipping cream. The best part of this recipe is that it's healthy and yummy !


Done.

So, itu antara resepi yang paling mudah nak dibuat dan bahan pun senang dapat. For starters, boleh try menu-menu ni. Nanti bila dah makin biasa dengan rasa green tea tu, boleh cuba minum green tea tanpa gula for best result. Harap entri ni dapat membantu semua wanita-wanita gojes kat luar sana k. Solidarity sisters !