Entri kali ni aku nak kongsi few breakfast menu yang korang boleh buat kat rumah sebab sangat simple, mudah, kenyang dan memuaskan ! Haa. Jadi tak payah panjang-panjang kot. Moh le kite tgk
1. Roti Sosej
Rasanya korang semua pun tahu kann roti sosej ni macam mana rupa. Alaa yang sosej gulung-gulung dalam roti tu le. Kalau beli kat kedai tu memang fancy la kann pasal kat kedai tu uli sendiri roti nye. Kalau kat rumah ni, banyak pulak masa nak menguli kann hahaha. Jadi ni resepi nye.
Bahan- bahan :
Roti gardenier
Sosej
Telur
Cara-cara :
1. Kukus roti dalam pengukus for about 5 minit macam tu. Jangan lama sangat nanti keras pulak
2. Gelek roti dengan roller sampai leper.
3.Gulung roti dengan sosej
4. Sebelum goreng, celup dengan telur dulu
5. Goreng sampai warna keemasan.
Haa mudah kannn. Aku first time belajar resepi ni masa sekolah sebab masa tu masuk kelab usahawan kan ada menjual itu ini. Tak nak masak pon jadi kena masak haha. So sebab mudah, aku jadikan jugak sebahagian dari menu breakfast aku. Oh, kalau nak mudah lagi, korang boleh frozen jugak roti ni. Buat banyak-banyak, letak dalam peti ais. Bangun pagi boleh terus goreng je, Haa mudah dan efisien.
2. American breakfast.
Untuk menu ni, memang mudah sangat la. Sebab semua pun bergoreng je. Tak payah nak rempah ratus rencah adabi sana sini. Selalunya American breakfast consists of benda-benda ni
Telur (scrambled )
Roti (dibakar dalam toaster )
Baked beans (panaskan kejap atas kuali)
Sosej (goreng macam biasa )
So bila dah selesai semua di atas, boleh laa plating macam biasa. Untuk lagi heavy, boleh letak cheese atas telur tu bila baru masak and biar dia cair sendiri atas tu. Ok menu ni memang puas hati, mudah and mengenyangkan.
3. Fruit salad
Ok. Untuk yang nak mudah, cepat, tak nak panas-panas masuk dapur pagi-pagi buta, boleh try fruit salad je. Kumpulkan buah-buah yang korang suka macam
Strawberi
Epal hijau
Epal merah
Kiwi
atau apa-apa je buah yang korang suka
Potongkan semua kecik-kecik ikut suka korang nak kecik mana dan letak dalam mangkuk. Lepas tu boleh dressing dengan yogurt kosong. Boleh nak prepare the night before tapi kena tutup dengan plastic wrap and letak dalam peti ais. Esok pagi nye sejuk-sejuk makan memang refreshing. Atau korang boleh makan dengan cereal + susu untuk lagi heavy. Menu ni mmg sesuai untuk golongan wanita yang nak jaga badan since it's healthy and mengenyangkan.
4. Kurma dan susu
Aku faham ramai yang bila bangun pagi terkejar-kejar masa. Mana nak jaga anak lagi, pegi keje lagi, gosok baju la apa la kan. Jadi untuk yang betul-betul tak ada masa, boleh minum susu and kurma pagi-pagi dah cukup bagus sangat dahh. In fact, memang cukup gula untuk buat kerja plus memang kenyang. Haa walaupun kurma tu kecik je, tgk pon macam hek eleh kecik je kan kann tapi khasiat memang banyak sangat dan sangat memberi tenaga.
Apa pentingnya breakast ni ?
Haa aku tahu ramai jugak orang Malaysia ni cukup tak suka makan breakfast pagi-pagi tapi pukul 10 dah melantak nasi putih dengan ikan bakar dengan air asam kann. Haaa. tahu sangat dahh.
Korang kena paham pentingnya breakfast ni. Dalam banyak-banyak meal yang kita ambil sepanjang hari, breakfast la yang paling penting tauu. Jom tengok sikitt.
1. Pemula hari yang baik untuk metabolism badan.
Lepas dah tido sepanjang malam, badan kita telah di set dalam starvation mode dan memerlukan nutrien untk cover balik apa yang hilang semalam nye. Kalau tiba-tiba korang skip breakfast pastu terus makan nasi dengan ayam goreng pulak, maka terkejut la metabolism badan korang. Untuk yg diet tu, rugi lah sebab dengan skip breakfast je, boleh kurangkan metabolism badan dan promote weight gain.
2. Memberi tenaga sepanjang hari
Untuk adik-adik yang belajar, kakak abang yang bekerja, breakfast sangat penting untuk membantu kita fokus sepanajang hari. Bila makan pagi, maka ada la glukosa yang sampai ke otak. Macam kite tahu, glukosa ni sangat penting untuk bantu otak kita jalan kan. So, makan la breakfast, untuk bantu kita fokus dan menjalani hari yang produktif.
3. Pengubah mood dan membantu untuk sikap yang positif.
Macam orang tua-tua cakap, kenyang perut senang hati. Haa gitu lah lebih kurang kan. Bila makan pagi ni rasa bertenaga la sikit kan. Takde la pagi-pagi pegi keja muka monyok macam terlebih-lebih pulak graviti kat muka tu. Haa kan. So lepas ni boleh masuk keje dengan hati yang riang gembira.
Ok sampai sini je entri kali ni. Jangan lupa amalkan breakfast untuk kasi tenaga sepanjang hari. Tapi jangan le dibantai nasik lemak sampai 8 pinggan. Pegi keje memang tido je le cite die. Ok. Selamat mencuba semuaaa ~~~