Kali ni nak cerita pasal buah yang paling aku tak gemaaaaaaar iaitu buah pisang. Hahahahaaha dah tahu tak suka,nak jugak buat entri nye kannnn. Sebab aku tahu buah pisang ni banyak khasiat. Kalau tak makan, rugi le aku kann.
Aku pun tak berapa paham lah kenapa tak suka dengan buah pisang ni. Rasa dia bila makan saja tu macam tak kena lah. Tapi bila tanya orang lain, memang tak ada satu hamba pon yang cakap buah pisang tu tak sedap.
Jadi aku kena cari cara jugak untuk akunikmati buah pisang ni. Cari punya cari, terjumpa satu resepi cara nak buat smoothies pisang. Nampak macam menarik so nak kongsi kat sini.
Bahan-bahan :
Pisang ( 3-4 biji )
Susu segar ( 1 1/2 cawan )
Gula atau madu ( optional sebab susu dgn pisang dah cukup manis kan )
Ais
Caranya mudahhh. Blend aja si semuanyaaaaaa. Haaaa minum sejuk2 masa tengah hari rembang memang nikmat lah,
Ok. Korang boleh improvise benda nye, Aku nampak ada yang nak letak strawbery lah coklat lah apa lagi ntah. Ikut tekak korang la, Kalau suka, nak letak air asam pon boleh, Hahahaha gurau gurau. Tapi korang paham idea nya kann. Mudah ajaaa.
Khasiat pisang
Haa mari le tgk sikit ape yg bagus sangat pisang ni. Aku tahu dulu orang makan sebab tak nak kasi cramp je, Untuk atlit la kann. Meh tgk lagi ape khasiat yang lain
1. Sebagai Sumber Tenaga
Pisang ni ada 3 jenis gula which is fruktosa,glukosa dan fruktosa.Gula dan karbohidrat dalam pisang ni mudah nak digest and kesan dia lain sikit dari gula biasa and orang yang makan pisang ni cepat je dapat tenaga tapi tenaga dari pisang lagi lama bertahan compared to gula biasa. Pisang ni jugak ada B complex untuk bina tenaga.
2. Baik untuk kesihatan jantung
Kandungan kalium yang tinggi dan natrium yang rendah dalam buah pisang ini boleh digunakan untuk mencegah darah tinggi.
3. Kurangkan stress
Kandungan potasium dalam pisang ni boleh kembalikan degupan jantung kepada normal balik.
Orang yang mengalami tekanan dan kemurungan, potasium ditubuhnya akan menurun dengan drastik mengakibatkan metabolisme meningkat. Kandungan potasium dalam buah ini yang tinggi memberikan bekalan untuk tubuh kita sehingga tekanan boleh dikurangkan.
Orang yang mengalami tekanan dan kemurungan, potasium ditubuhnya akan menurun dengan drastik mengakibatkan metabolisme meningkat. Kandungan potasium dalam buah ini yang tinggi memberikan bekalan untuk tubuh kita sehingga tekanan boleh dikurangkan.
4. Kurang risiko stroke.
Potasium dalam pisang tu mampu menjadi nutrisi yang penting dalam mengurangkan risiko kematian kerana stroke.
5. Meneutralkan asid perut p
Asid gastrik dalam perut boleh dineutralkan dengan pisang sebab tak ada iritasi. Untuk yang sakit gastrik atau penyakit usus, boleh cuba makan pisang dengan susu. InsyaAllah, berkesan.
6. Memperbaiki mood
Bagi yang selalu tertekan dan nak ada mood yang lebih baik tidak ada salahnya lebih sering makan pisang sebab dalam buah ni ada triptofan atau vitamin B6 yang produce hormom serotonin. Hormon ni la yang kawal emosi kita and menenangkan fikiran.
7. Mencegah sembelit
Untuk yang ada masalah sembelit, boleh amalkan makan pisang sebab ada serat makanan dalam pisang ni yang boleh mengawal usus. Tapi air kena minum jugak tauuuu. Make sure jangan dehydrated sudahh.
8. Mencegah pereputan tulang
Kalium yang cukup dalam pisang ni boleh memebantu kurangkan perkumuhan kalsium dalam air kencing.
Ok. Sampai sini aje perkongsian pasal pisang ni ye. Jangan lupa try resepi nyeeeee. Sekian ~~