Tuesday, 18 November 2014

Tips Putihkan Gigi Melalui Pemakanan.

Bismillah.

Ok. Entri kali ni cuma untuk kongsi tips yang korang boleh cuba untuk putihkan gigi secara natural melalui pemakanan. Secara natural kat sini membawa maksud korang boleh amalkan sendiri tips-tips ni kat rumah. Setelah mencari sana dan sini, aku dah tapis tips-tips terbaik dan mudah untuk diamalkan.


Mari mulakannnnn !

1. Buah-buahan rangup, sayur dan kacang boleh menyental gigi dan meransang air liur.


Makanan rangup ni sangat bagus untuk polish gigi korang dan pada masa yang sama meransang pengeluaran air liur. Pengeluaran air liur yang banyak ni sangat membantu untuk mulut yang sihat. Antara makanan yang dicadangkan adalah epal, carrot, celery dan cauliflower. Preferably dimakan secara mentah and tak dimasak since kita nak crunchiness of the food to help with our mouth. 

2. Strawberi, oren dan nenas


Haa bila tgk buah-buah ni, kita tahu yang buah ni masam and contain lots of vitamin C. Sebenarnya, oren dan strawberi mengandungi natural acid yang boleh membantu untuk polish gigi kita. Sebab tu selalu dengar orang cakap yang makan strawberi boleh bputihkan gigi kan. Untuk nenas pulak, dia mengandungi enzyme yang boleh bertindak sebagai natural stain remover untuk gigi kita. Tapi kena ingat, kita tak boleh makan makanan berasid ni secara berlebihan sebab 1) tak bagus untuk perkembangan otak dan 2) instead of mencantikkan gigi, with too much acid, dia boleh menggalakan pereputan gigi. Jadi ingat k untuk kawal amount intake.

3.Tenusu mengelakkan pereputan gigi



Bagi yang tak tahu tenusu tu apa, tenusu ni dairy lah. macam susu, yogurt dan yang sewaktu dengannya. Ok. dalam tenusu seperti keju,susu dan yogurt ni ada mengandungi asid laktik yang boleh membantu untuk mengelakkan pereputan gigi. Nutrien dalam susu macam protein, kalsium dan phosphorus jugak promotes a healthy teeth.

4. Bawang merah dan bawang putih ! 


Untuk bukan penggemar bawang kat luar sana, ketahui lah bahawa bawang ini dapat membantu untuk mencantikkan gigi anda. Dalam bawang ni ada mengandungi sulfur compound yang dapat mengurangkan bakteria dalam mulut. Bakteria-bakteria ni la yang menggalakkan tooth decay ni so, bawang will help sebenarnya. TAPI ! Korang kena makan bawang ni mentah untuk khasiat yang terbaik hahahahaha. Haa untuk yang lalu lah kot kann. Yang tak lalu boleh buat jus. Erk ?

5. Makanan yang mengotorkan gigi


Ada jugak sesetengah makanan kita kena kurangkan sebab makanan ni boleh mengotorkan gigi. Makanan macam kopi, soda, blueberi, rokok and even kicap. Ok korang bukan la tak boleh makan langsung semua ni. Tambah-tambah kicap tu dah jadi sebahagian hidup orang melayu kan. jadi tips kat sini adalah untuk gosok gigi atau at least berkumur each time after makan those kind of food to prevent staining. 

6. Baking soda


Baking soda ni antara bahan yang memang ada dalam ubat gigi kita pon. Jadi memang secara terang-terangan lah membantu untuk gigi kita kann which is dia bertindak sebagai penghakis ringan untuk gigi kita. Tips dia adalah ambil baking soda sikit and campurkan dengan air. Campurkan jugak sikit hydrogen peroxide ( boleh cari kat farmasi ). Jadikan macam pes sikit, and gosok gigi macam biasa. Boleh buat seminggu sekali tapi kalau gigi sensitif, boleh buat dalam sebulan sekali dah cukup. InsyaAllah, gigi semakin putih.


Ok. Selesai !


Haa tu je tips bermanfaat untuk kali ni. Boleh cuba amalkan untuk senyuman yang menawan dan memikat. Selamat mencuba !







Sumber imej : Google