Kali ni aku nak kongsi antara kebaikan madu. Since resepi sebelum ni pon aku ada cerita pasal madu and ada jugak pesan untuk replace gula tu dengan madu kan. So kat sini nak cerita sikit lah apa yang bagus sangat madu nih.
1. Madu membantu mencantikkan kulit, rambut dan mata
Madu ni sebenarnya dapat membantu korang untuk mengekalkan awet muda sebab dalam madu ni ada asid glukonik yang boleh membantu. Ada sesetengah spa kat Malaysia ni, dieorg gunakan madu waktu rawatan sebab madu boleh menanggalkan kulit-kulit mati. Bukan tu je, kulit boleh jadi anjal, kurang berminyak dan meransang pengeluaran kolagen. Eh kedut pon boleh berkurang tau ! Haa bagus tak bagus la madu ni kann. Golongan pemakan madu ni jugak dapat manfaat untuk rambut dan mata. Madu membantu la kalau korang nak mata and rambut makin bersinar. Kalau mata pulak, semakin tajam and jelas pandangannye.
Tips : Boleh jadikan madu sebagai masker muka jugak tau. Pukul putih telur dengan madu asli lepas tu tempek atas muka. Buat 2 kali seminggu.
2. Menyihatkan sistem dalam badan
Kalau korang jenis selalu ada masalah penghadaman, insyaAllah madu ni boleh membantu melancarkan sikit. And kalau terkena keracunan makanan pon, bila selalu makan madu, daya tahan tu tinggi sikit la. Takde la teruk sangat nnt. Proses nak buang air pun makin mudah. Haa untuk masalah batuk-batuk ke apa, selalu memang orang makan madu ni nak bagi cepat sihat. Sama ada makan kosong ataupun, campur dalam air suam. Untuk yang ada asma pun bagus jugakk
3. Memberi tenaga
Madu ni sama la fungsi macam gula kan since dia pun manis and ada glucose. Tapi beza dia madu ni bagus untuk orang yang ada kencing manis dan darah tinggi. Tak macam gula. Makin makan teruk jadinye kann. Untuk kaum perempuan, madu ni bagus untuk kasi tenaga waktu datang haid. Dan juga ibu-ibu mengandung, madu act as pemberi tenaga semulajadi yang juga baik untuk kandungan.
4. Mengawal berat badan dan kolestrol
Special dia madu ni sebab walaupun manis tapi tak harmful pada badan kita. In fact, boleh kurangkan lagi haaa. Untuk yang nak kurangkan berat badan, boleh makan madu ni 2 atau 3 kali sehari sebab dia boleh kawal kolestrol and mengurangkan berat. Tapi tips nye orang cakap jangan pakai sudu besi, kena pakai sudu plastik so khasiat tak hilang.
Madu disebut dalam Al-Quran dan hadis
"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir
( Surah An-Nahl,ayat 69)
"Ambillah (yakni gunakanlah) olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh, iaitu madu dan al-Quran." (HR Ibnu Majah)
Ok. Dalam al-Quran pon dah disebut pasal bagusnya madu nii, Khasiat dia banyak dan boleh dijadikan seribu satu penawar.
Sebab tu, dalam entri ni aku cuba nak ceritakan dan galakkan semua orang untuk sekurang-kurang nya masukkan madu dalam makanan seharian kita. Haha jujur le aku pon tak amalkan lagi, tapi sama-sama la cuba kan. Jadi nak ajak ramai-ramai join aku skali. Dapat pahala amalkan sunnah, badan pun makin sihat kann. So no loss here, only win.
Takat ni je entri aku. So,amalkan madu asli semuanya yee. Madu asli tauu. Jangan yang artificial ekk. Oh tips last, nak bezakan madu yang asli atau tak, masukkan dalam peti ais. If tak membeku, maksudnye madu asli lah tu. Ok. Sekian !