Friday, 21 November 2014

Tips Makanan untuk Rambut Sihat

Bismillah.





Siapa je yang tak suka rambut yang beralun lembut and tengok dari jauh pon kita tahu rambut sihat ke akar umbi kan. Ok. Selain kita gunakan produk rambut yang berkualiti, penjagaan yang baik, makanan pon ada bagi kesan untuk rambut kita sebenarnya. We are what we eat. Kalau sihat makanannye, sihat la fizikal nya. Jadi kali ni, nak kongsi pasal makanan yang berkesan untuk kesihatan rambut kita. Let's !

1. Ubi keledek dan lobak 


Untuk memastikan kewujudan rambut yang berkilat, makanan yang mengandungi vitamin A sangat sangat membantu. So, makanan macam ubi keledek dan lobak yang kaya dengan vitamin A ni boleh menjadikan rambut kita berkilat. Haa dah la sedap. Ada khasiat lagi. Rugi la kalau tak makan kan ?

2. Bayam, Brokoli dan Kiwi


Ada sesetengah orang ni selalu sangat ada masalah rambut kering. Bila sikat tu tertarik-tarik pasal kering kan. Badan kita ni sebenarnya ada mengeluarkan pelembap sendiri which is sebum. So untuk mengelakkan rambut kering, kita kena banyakkan makan makanan yang kaya dengan vitamin c. Antara contoh terbaik tu macam bayam, brokoli dan kiwi. Yang tak makan sayur tu kena bawak-bawak la makan sayur ye. Nak cantik punya cerita kan. In fact, vitamin C also promotes collagen yang bukan je bagus untuk kulit tapi untuk rambut kita jugakk

3. Makanan berprotein


Rambut kita ni sendiri made up of protein. So makanan berprotein ni sebenarnya sangat bagus untuk rambut kita. Antara protein sihat yang boleh diambil macam daging, ikan dan jugak kekacang. Tak lupa jugak telur. Telur ni mengandungi vitamin B macam biotin dan B12. Ok cerita pasal biotin ni, ada je produk kat luar sana yang jual biotin ni. Tapi sebenarnya badan kita sendiri pon produce biotin. Jadi untuk trigger pengeluaran biotin ni, kita amalkan makanan macam telur dan kekacang. Lepas ni tak perlu la keluar duit banyak-banyak lagi untuk dapatkan biotin lagi k.

4. Salmon dan walnut 


Salmon ni sebenarnya makanan yang mampu mencantikkan. Sebab salmon ni ada protein, lemak sihat dan vitamin B yang sangat sangat baik untuk pertumbuhan rambut. Badan kita perlukan healthy fats ni untuk pertumbuhan rambut. Jadi healthy fats yang ada dalam salmon dan walnut ni sangat membantu

5. Makanan berkerang


Untuk yang selalu ada masalah keguguran, boleh amalkan makanan berkerang macam tiram. Dalam makanan berkerang ni, kaya dengan zinc which helps to prevent hair loss. Tapi bagi yang tak lalu makan tiram ni, boleh cuba pumpkin seeds ( kuaci ) atau kekacang lain


Ok. Takat sini saja perkongsian kali ni. Jadi boleh cuba amalkan pemakanan ni semua dan kena ingat jugak lah, semua ni long term. Takkan malam ni makan salmon esok rambut dah tumbuh sampai lutut kan. Instead of membazir duit pegi salon sana sini, why not kita guna natural way untuk mencantikkan lagi rambut kita. Jadi selamat mencuba ! 

Air Pishang

Bismillah

Kali ni nak cerita pasal buah yang paling aku tak gemaaaaaaar iaitu buah pisang. Hahahahaaha dah tahu tak suka,nak jugak buat entri nye kannnn. Sebab aku tahu buah pisang ni banyak khasiat. Kalau tak makan, rugi le aku kann.

Aku pun tak berapa paham lah kenapa tak suka dengan buah pisang ni. Rasa dia bila makan saja tu macam tak kena lah. Tapi bila tanya orang lain, memang tak ada satu hamba pon yang cakap buah pisang tu tak sedap.

Jadi aku kena cari cara jugak untuk akunikmati buah pisang ni. Cari punya cari, terjumpa satu resepi cara nak buat smoothies pisang. Nampak macam menarik so nak kongsi kat sini.




Bahan-bahan :

Pisang ( 3-4 biji )
Susu segar ( 1 1/2 cawan )
Gula atau madu ( optional sebab susu dgn pisang dah cukup manis kan )
Ais

Caranya mudahhh. Blend aja si semuanyaaaaaa. Haaaa minum sejuk2 masa tengah hari rembang memang nikmat lah,

Ok. Korang boleh improvise benda nye, Aku nampak ada yang nak letak strawbery lah coklat lah apa lagi ntah. Ikut tekak korang la, Kalau suka, nak letak air asam pon boleh, Hahahaha gurau gurau. Tapi korang paham idea nya kann. Mudah ajaaa.





Khasiat pisang

Haa mari le tgk sikit ape yg bagus sangat pisang ni. Aku tahu dulu orang makan sebab tak nak kasi cramp je, Untuk atlit la kann. Meh tgk lagi ape khasiat yang lain

1. Sebagai Sumber Tenaga   
 Pisang ni ada 3  jenis gula which is fruktosa,glukosa dan fruktosa.Gula dan karbohidrat dalam pisang ni mudah nak digest and kesan dia lain sikit dari gula biasa and orang yang makan pisang ni cepat je dapat tenaga tapi tenaga dari pisang lagi lama bertahan compared to gula biasa. Pisang ni jugak ada B complex untuk bina tenaga.

2.  Baik untuk kesihatan jantung
Kandungan kalium yang tinggi dan natrium yang rendah dalam buah pisang  ini boleh digunakan untuk mencegah darah tinggi.

3. Kurangkan stress
Kandungan potasium dalam pisang ni boleh kembalikan degupan jantung kepada normal balik. 
Orang yang mengalami tekanan dan kemurungan, potasium ditubuhnya akan menurun dengan drastik mengakibatkan metabolisme meningkat. Kandungan potasium dalam buah ini yang tinggi memberikan bekalan untuk tubuh kita sehingga tekanan boleh dikurangkan.

4. Kurang risiko stroke.
Potasium dalam pisang tu mampu menjadi nutrisi yang penting dalam mengurangkan risiko kematian kerana stroke.

5. Meneutralkan asid perut p
 Asid gastrik dalam perut boleh dineutralkan dengan pisang sebab tak ada iritasi. Untuk yang sakit gastrik atau penyakit usus, boleh cuba makan pisang dengan susu. InsyaAllah, berkesan. 

6. Memperbaiki mood
Bagi yang selalu tertekan dan nak ada  mood yang lebih baik tidak ada salahnya lebih sering makan pisang sebab dalam buah ni ada triptofan atau vitamin B6 yang produce hormom serotonin. Hormon ni la yang kawal emosi kita and menenangkan fikiran.

7.  Mencegah sembelit
 Untuk yang ada masalah sembelit, boleh amalkan makan pisang sebab ada serat makanan dalam pisang ni yang boleh mengawal usus. Tapi air kena minum jugak tauuuu. Make sure jangan dehydrated sudahh. 

8. Mencegah pereputan tulang
Kalium yang cukup dalam pisang ni boleh memebantu kurangkan perkumuhan kalsium dalam air kencing.


Ok. Sampai sini aje perkongsian pasal pisang ni ye. Jangan lupa try resepi nyeeeee. Sekian ~~